Thursday, October 27, 2011

Kuasa Perempuan

Tumblr_lt5ejrbnoz1ql3umvo1_500_large


Benar kata orang, naluri perempuan selalu benar. Apabila ingin melakukan sesuatu, perempuan akan berfikir dua tiga kali dahulu sebelum membuat keputusan. Malah, perempuan lebih suka mengikut kata hati dan naluri kewanitaannya apabila ingin membuat sesuatu keputusan. Lelaki menganggap bahawa dia sudah menghapuskan segala bukti tentang aktiviti kecurangannya namun ternyata, perempuan masih dapat menghidu segala tindakannya itu walaupun mungkin pada hakikatnya perempuan tidak mempunyai sebarang bukti.

Sekiranya wujud percanggahan dalam hubungan, perempuan akan lebih cepat mengesan segala perubahan yang berlaku terhadap teman lelakinya. Melalui perubahan tersebut, perempuan akan dapat menilai dan merasai sesuatu yang mungkin tidak baik akan berlaku atau sedang berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa perempuan lebih berfikiran jauh apabila menyentuh isu masa depan bersama. Hal ini sedikit sebanyak telah memeningkan kepala lelaki malah, bagi lelaki yang belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami, akan mula menunjukkan perubahan negatif.

Perempuan mudah membaca maksud tersirat di sebalik wajah seseorang lelaki apatah lagi sekiranya lelaki itu merupakan seseorang yang disayanginya. Segala gerak-geri lelaki, tutur kata si lelaki, segalanya dapat dibaca perempuan dengan tepat walaupun terdapat segelintir perempuan yang suka berfikiran negatif terhadap pasangannya. Ya, perempuan mempunyai mata yang tajam kerana dapat mengesan kesan ‘lipstick’ di kolar baju lelaki sedangkan dia berada jauh di belakang lelaki. Sebenarnya, lelaki patut bersyukur sekiranya mempunyai teman wanita yang sentiasa bijak mengesan sesuatu perkara. Hal ini kerana teman wanitanya dapat mengelakkannya daripada berlaku curang. Malah, deria tambahan perempuan ini juga berupaya mengelakkan orang yang disayanginya daripada terlibat dengan perkara yang tidak baik.

Gerak hati perempuan sentiasa benar dan sentiasa membantu mereka apabila berdepan dengan sesuatu musibah. Sebagai contoh :

1. Apabila perempuan cuba menghubungi teman lelaki namun panggilan akan bertukar menjadi ‘CALL WAITING’ atau ‘NUMBER BUSY’, dan apabila perempuan menanyakan hal tersebut kepada teman lelaki, teman lelaki akan menjawab, ‘ITU PANGGILAN DARIPADA BOS’, ‘ITU PANGGILAN DARIPADA RAKAN SEKERJA’, ‘ITU PANGGILAN DARIPADA KELUARGA’. Namun, percayalah, naluri perempuan kuat mengatakan bahawa itu bukan panggilan daripada bos/rakan sekerja/keluarga namun itu merupakan panggilan daripada perempuan lain yang mempunyai niat jahat atau teman lelaki yang menghubungi perempuan lain.

2. Teman lelaki memberitahu perempuan bahawa dia ingin keluar menonton wayang bersama rakan-rakan lelaki dan tiada perempuan lain bersama dengannya. Namun, gerak hati perempuan kuat mengatakan bahawa teman lelakinya pergi menonton wayang bersama wanita lain malah wanita itu memang mempunyai hati terhadap teman lelakinya.

3. Perempuan menerima SMS daripada teman lelaki namun ternyata teman lelaki tersalah menghantar SMS. SMS itu sepatutnya dihantar kepada perempuan lain. Namun, teman lelaki cuba menafikannya dan menyatakan bahawa dia tidak tersalah menghantar SMS. Tetapi, naluri perempuan lebih cekap. Mana mungkin nama teman wanita sendiri pun boleh tersalah ejaan. (:

4. Lelaki pulang lambat ke rumah dan menyatakan bahawa dia sibuk di tempat kerja kerana terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Namun, hati perempuan kuat mengatakan bahawa lelaki pulang lambat ke rumah kerana pergi ke tempat lain bersama perempuan lain.

5. Lelaki sentiasa sibuk, kononnya kerja berlambak. Namun, perempuan dapat menghidu sesuatu yang tidak baik yang sedang dilakukan lelaki di luar pengetahuannya.


P/s : Bersyukurlah dengan pasangan anda. Jangan cuba menjadi tamak kerana orang yang tamak akan kehilangan sesuatu yang berharga di kemudian hari. :)

P/s: Jangan selalu game perempuan, setiap perbuatan ada balasannya :)